QUESTION

Ustaz,

2 hari lepas, semasa memandu ke suatu tempat, suami saya telah menelefon hp saya beberapa kali. Saya tidak dengar kerana under “silent mode”. Bila sedar, saya menyuruh anak saya (16 tahun) untuk menelefon abahnya. Suami saya berkata jika saya teruskan ke tempat tersebut dia akan ceraikan saya. Soalannya, adakah jatuh talak? Kalau ia, apakah yang harus kami lakukan untuk menyambung semula perkahwinan ini?

Terimakasih.

ANSWERS

Terima kasih kepada puan yang bertanya

Talak seperti ini merupakan talak dengan sharat. kalau sekiranya sharat tersebut dilaksanakan, maka akan jatuh talak. Maka dalam situasi seperti yang puan sebutkan, Kalau sekiranya puan tetap pergi ke tempat tersebut, akan jatuh talaknya. Akan tetapi kalau tidak, maka ia tidak jatuh.

Wallahu a’lam

Wassalam,

Ustaz Anwar Hussain