QUESTION

Assalamualaikum Uztaz

Ustaz, saya ada pertanyaan. Saya baru bernikah selama 3 minggu. Saya ada buat kesilapan dengan suami saya tapi saya dah minta maaf kepada suami dan keluarga. Tapi saya tak sangka benda jadi lebih teruk keluarga suami saya datang rumah saya dan menghina dan mengutuk saya abis abisan. Malangnya keluarga saya lebih lebih lagi ibu bapa saya hanya menunduk. Ustaz, ada kah keluarga saya dan saya dibuat orang?

ANSWERS

Walaikumsalam,

Terima kasih kami ucapkan kepada saudari yang bertanya,

Situasi saudari dengan keluarga suami yang dikedepankan merupakan satu ujian daripada Allah. Saudari telah melakukan yang sepatutnya yaitu meminta maaf kepada keluarganya. Dalam keadaan seperti ini, kita tidak boleh kembali pada masa yang telah berlalu kerana apa yang telah berlaku adalah sesuatu yang sudah ditentukan maka kami nasihatkan beberapa perkara:

1)Bertaubat kepada Allah kalau kesilapan tersebut ada kait mengait dengan maksiat terhadapnya.

2)Bersabar atas kesusahan yang datang kepada saudari dan sentiasa mengaharapkan bantuan Allah

3) Bertawakkal kepada Allah dan cuba usahakan langkah2 yang baik untuk selesaikan masalah saudari walaupun dalam jangka yang panjang.

4)Jangan kecewa dari rahmat Allah.

InsyaAllah bantuan Allah sentiasa bersama mereka yang sabar dan bertawakkal kepadanya.

Wassalam