QUESTION

As’sallamualaikum Ustaz,

Menantu saya seorang berbangsa India dan dia telah memeluk ugama Islam setelah bernikah dengan anak perempuan saya. Ibu bapanya adalah penganut ugama hindu. Soalan saya pada Ustaz, bagaimana-kah caranya untuk dia memohon kapada Allah swt untuk kedua ibu bapanya yang sedang sakit tenat, agar di permudahkan segala urusan mereka?

ANSWERS

Wa alaikum salam puan,

Diharamkan bagi seseorang mendoakan pengampunan atas mereka-mereka yang belum masuk ke dalam agama Islam akan tetapi boleh kita mendoakan supaya Allah memberikan mereka hidayah melalui penyembuhan kepada mereka yang menjadi sebab mereka dapat masuk Islam.

Wallahu a’lam