QUESTION

Assalammualaikum Ustaz,

Saya ingin bertanya tentang wanita hamil 4 bulan dan bernikah dalam keadaan hamil, ada kah pernikahan itu sah?

Dan bila anak itu sudah lahir di binte kan dgn nama bapaknya, adakah salah atau tidak ustaz di binte kan nama bapaknya atau perlu ia nya ditukar?

Selepas 3 tahun mereka bercerai dan bagai mana kalau anak nya bila sudah dewasa perlu ke anak itu mencari bapaknya untuk menjadi wali atau wali hakim?

ANSWERS

Wa alaikum salam saudari yang bertanya,

Di bawah saya attach file video yang menerangkan perkara ini dengan terperinci.

Secara rumusan, Pernikahannya sah akan tetapi kita ada perbezaan ulama di dalamnya. Sebaik-baiknya pernikahan itu dilakukan selepas bersalin.

Berkenaan dengan meletakkan nama bapa yang menzina hukumnya haram. Perlu ditukar kepada nama Abdullah. Anaknya perlu menikahi dengan menggunakan wali hakim.

Wassalam,
Ustaz Anwar Hussain