QUESTION

Assalamualaikum Ustaz.

Saya seorang muslim tetapi menikahi wanita beragama Catholic. Kami nikah under civil marriage. Allahamdillilah recently dia convert to islam baru baru ini. Apa yang harus saya lakukan setelah dia memasuki Islam? Saya harus menikah lagi di ROMM dan bagaimana cara2nya. Saya sudah memiliki marriage certificate di civil marriage.

Mohon penjelasannya ustaz. Terima kasih.

ANSWERS

Wa alaikum salam saudara,

Terima kasih kerana bertanya.

Pernikahan saudara dengan wanita catholic melalui civil marriage tidak sah di sisi Islam. Maka saudara dikirakan belum berkahwin walaupun dalam segi undang-undang negara dikirakan sudah berkahwin. Dengan itu, kalau ada hubungan diantara saudara dengan wanita tersebut sebelum ini, ia merupakan hubungan yang haram di sisi Islam.

Perkara-perkara yang perlu saudara laksanakan adalah seperti berikut:

  1. Wajib saudara bertaubat kepada Allah atas perbuatan yang lepas.
  2. Berkenaan dengan wanita tadi, Apabila dia masuk ke dalam agama Islam, semua dosanya diampunkan oleh Allah. Maka apa yang perlu saudara melakukan adalah menjalankan aqad nikah cara Islam. Barulah dengan itu, hubungan saudara dengan bakal isteri dikirakan sah dalam Islam.
  3. Berkenaan dengan perkara ini, saudara perlu Tanya mahkamah shariah Singapura untuk butiran lanjut untuk menjalankan pernikahan itu. Barakallah fiek

 

Wassalam,

Ustaz Anwar Hussain